November 13, 2014

BooTH KoNVo USM PaRT 2


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lanjutan dari Eyda buka booth pada Majlis Konvokesyen USM Ke-50 banyak citer suka duka kat sana..

Apapun alhamdulillah banyak pengalaman yang Eyda perolehi sepanjang berniaga kat sana.. Walaupun sale tidak seperti yang diharapkan, tapi pengalaman yang paling berharga Eyda dah perolehi sepanjang Eyda berniaga di sana..

Ramai kenalan baru Eyda jumpa di sana.. Semoga persahabatan kami akan berkekalan bukan hanya di sana tapi sampai bila-bila..

Apapun Eyda amat berterima kasih kepada pemilik wangian kenderaan dan kediaman yang sudi bersama-sama Eyda di sana.. Walaupun anak kecilnya kurang sihat sebelum datang ke sini, tapi dia datang juga untuk memberi sokongan buat Eyda..

Walaupun hanya sehari dia datang ke booth jualan, tapi Eyda amat berterima kasih kepadanya kerana sudi membantu dan melawat Eyda..

Jom berkenalan skit dengan pemilik wangian kenderaan dan kediaman DR.Perfume nih..


Eyda bersama pemilik DR.Perfume..

Pemilik DR.Perfume Nur Adela atau lebih mesra dipanggil Dila..

Inilah haruman kenderaan dan kediaman..

Pilihan haruman DR.Perfume..

Eyda suka bau Apple Blossom, Honey Dew dan Tutty Fruity.. Eyda suka dengan baunya sebab baunya yang lembut dan tahan lama.. Walaupun dah abis, baunya tetap ada..

Sambutan di outlet seperti car wash, kedai makan, kedai runcit, stesen minyak memang memberangsangkan.. Tak rugi mencuba, sebab anda pasti berpuas hati dengan harumannya..

Next year, in shaa Allah akan ada haruman badan jenis spray.. Eyda dah cuba tester dia.. Okey dan tahan lama.. Semua haruman nih ada sijil halal dan tiada alkohol..



19 comments:

  1. Bestnya berniaga perfume.. Pengalaman tu berharga..x dpt kutip dimana-mana kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best bila sale ok.. kureng skit bila sale kureng.. ya pengalaman tak boleh dijual beli atau dikutip dimana2.. bila kita lalui baru kita merasai sendiri susah senangnya..

      Delete
  2. Its okay...business ada naik turunnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh, nama pun bisnes.. thanks nadirah untuk kata2 semangat nih..

      Delete
  3. Nampak muda lagi pemilik Dr. Perfume tu, kak. Baguslah muda-muda dah meniaga macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang muda lagi pemilik Dr.Perfume nih.. Muda lagi dari shikin klu tak salah..

      Delete
  4. Assalamualaikum. Saya datang sini tengok-tengok belog awak. baca-baca. Menarik. hihi.. Kalau nak ke belog saya, ni link nye... http://haziyatulnajihah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslm.. done follow ya.. thanks sudi jengah kat sini..

      Delete
  5. suka perfume ni wangiiiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mush dah cuba ke? wangi kan.. sapa yang dah cuba selalunya repeat order lagi..

      Delete
  6. suka perfume yg xde alkohol. sennag nak solat. mesti ramai pelanggan dtg beli perfume ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pewangi keta nih tak berapa ramai sangat beli kat usm tu.. mungkin produk baru dan ada saingan juga kat sana.. nanti Yumida cuba pewangi badan dia plak.. manalah tau menepati citarasa..

      Delete
  7. follow blog bihah balik http://inibelognabihah.blogspot.com
    dan like fan page blog bihah terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks nabihah sudi follow blog Eyda.. Eyda dah follow blog dan like fan page boog kat fb skali..

      Delete
  8. macam menarik je perfume kereta ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba laa Mar.. macam2 haruman ada.. boleh pilih ikut citarasa sendiri.. macam Eyda ada letak kat kedai makan, carwash, kedai runcit dan stesen minyak.. dealer dan stokis yang lain pun banyak buat macam tu.. nak pos pun boleh..

      Delete
  9. Semoga eyda terus maju dan berjaya dalam bisnes. Suka saya tengok botol comel-comel tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. mudah2an dimakbulkan.. comel kan mama, dah tu warna warni plak warna botolnya..

      Delete
  10. Btl tu kak.. biarpon sale tak seberapa tp pngalaman tu mesti best kan.. wahh pasni ade perfume lak ye.. ishhh ase mcm nk cbe je car perfume nie..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...