October 15, 2014

AisKriM GoRenG


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ermm hari nih nak story menu petang kami hari nih.. Petang tadi hanya memenuhi permintaan anak nak makan aiskrim goreng..

Sebenarnya nih first time tau, buat dan makan aiskrim goreng.. Nasib menjadi jugak walaupun baru hari nih mencuba..

Roti dah ada, cuma tadi singgah beli aiskrim vanilla jer.. Mulanya nak jimatkan roti nak buat bentuk segiempat jer, tapi tak berapa nak menjadi..

Last buat bentuk bulat jelah, nak tau Kimie ja makan.. Izzat ntah tetiba merajuk tak tau sebab apa.. Jadi dia tak makan langsung aiskrim goreng..

Dah ajak dia makan masa aiskrim goreng tu siap, tapi dia tak mau makan.. Bila aiskrim goreng dan roti dah abis, dia nak makan plak.. Ada-ada sajalah Izzat nih..

Merajuk la lagi si Izzat tuh.. Huhuhu dah pesan kat en.abang yang kuar, suruh beli roti.. Nanti laa buat lagi aiskrim goreng untuk budak merajuk plak.. Sabar jelah nak ooiii..


Nilah rupa aiskrim goreng ku.. Setelah menjadi..

Ermm nampaknya aiskrim goreng nih jadi menu baru kami la plak.. Sebenarnya dah banyak hari dah Kimie dok mintak, baru hari nih berkesempatan nak buat..

Alhamdulillah dapat juga memenuhi kehendak anak-anak walaupun lambat.. Biasalah kita sebagai ibu nih mesti cuba nak penuhi kehendak anak-anak tak kira cepat atau lambat.. Betul tak?



20 comments:

  1. Saya pun pernah buat tapi anak-anak plak tak suka. Diaorang bedal makan aiskrim ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka.. baik tak payah buat kan klu anak nak makan aiskrim jer..

      Delete
  2. Lya lgi blm prnh Cuba..asyik lupa he hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba.. sedap juga, boleh laa klu nak cepat abiskan roti..

      Delete
  3. wah, ais krim goreng!! bestnyaaaaa... esok kalau lapar nak try jugala.. heeeeeeee....

    eh, izzat? samalah nama macam adik saya ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan amy.. haa kekadang nak juga kelainan dalam menu harian..

      Sama ke amy.. anak dua2 mula ngan izzat..

      Delete
  4. macam sedap! kita tak pernah makan...akak sharelah resepi sikit! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, nanti akak share kan resepinya.. senang jer, cuma nak reti nak taip dalam bentuk resepi.. apapun nanti akak cuba ya..

      Delete
  5. Sedap... suke jugak bt kalau ade balance roti and aiskrim... nyumnyumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sedap.. ermm time ada lebih roti dan aiskrim, syok laa buat aiskrim goreng nih..

      Delete
  6. Anak-anak Acik suka makan ni tapi Acik pulak yang malas nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kemalasan melanda diri, benda yang mudah dan simple pun tak boleh buat.. huhuhu tak daya nak menolong laa..

      Delete
  7. sedapnye kak ais krim goreng. seronok kimie ye makan xingat izzat. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat laa bukan susah pun.. roti ngan aiskrim jer.. itulah memang seronok laa Kimie.. Izzat dapat juga makan aiskrim goreng malam semalam..

      Delete
  8. senang ja kan nak buat ni? letak dalam roti pastu goreng. hehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup senang jer.. letak aiskrim dalam roti.. pastikan keliling roti tak terbuka, pas tu goreng jap jer..

      Delete
  9. Ritu ada cuba buat lepas baca kat blog white lily.
    Tapi, lecehlah nak buat.
    Makan kejap je abes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang leceh skit shikin.. tapi anak nak makan, layan jelah.. cuma roti yang lebih tu laa rasa macam bazir jer..

      Delete
  10. Aah. Buang je kan roti tu?
    Sebab malas nak buat puding roti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu shikin.. rajin nak buat puding ok lerr nak buat aiskrim goreng tuh.. semalam masing2 makan roti ngan aiskrim.. hehehe..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...