April 3, 2014

SuKaNeKa DaN MeReNTaS DeSa 2014

Assalamualaikum semua.. Lama betul membisu ye.. Biasa lah bila busy dengan kerja dan macam2 hal tak sempat nak mengarang story mory kat sini.. 

Bagi mengingati al kisah yang berlalu, makanya menulis jugak di entry nih.. Jangan terkejut plak ye bila entry banyak plak kuar.. 

Semua gara2 lambat nak upload gambar kat sini.. Tuh yang jadi banyak entry terpendam.. Hehehe.. Okey lah, nak mulakan story sukaneka Izzat dan Kimie.. 

Sebenarnya sukaneka nih dijalankan pada hari kapal terbang MH370 yang hilang tuh.. 8 Mac 2014, tarikh yang mengundang pelbagai situasi.. 

Memandangkan terkejut ngan citer tuh, makanya agak tertangguh la story2 yang lain.. Ceh alasan kan.. Dah malas nak taip cakap jelah kan.. Hahaha..

Meh layan gambar yang agak cantik dari lensa kamera yang murah ku nih..


Khusyuknya dengar penerangan dari cikgu tentang peraturan permainan bawa bola dalam sudu.. Hari2 praktis minggu nak sukaneka nih.. Mesti la dah mahir.. Hehehe.. Acara nih untuk pelajar tahun 1..



Ni plak tengah tunggu turn untuk acara membawa aiskrim gergasi..



Inilah rupa aiskrim gergasinya..



Meh tengok acara untuk tahun 2 plak.. Kimie jadi peserta gantian, sebabnya ada pelajar tahun 2 yang tak datang..



 Tengok tuh Kimie nak pecahkan belon .. Acara nih Izzat tak masuk sebabnya pelajar tahun 2 (lelaki) untuk rumah Zamrud (hijau) dah lebih)..



Mulanya untuk acara nih, Kimie main, tapi cikgu tukarkan sebabnya tak mau pelajar yang sama dari tahun 1 ganti untuk pelajar tahun 2..



Tengok tuh punya telitinya Izzat isi air dalam botol.. Perah abis2an.. Permainan nih kumpulan mana yang dapat isi air paling banyak, dialah pemenangnya..



Nilah medal yang diaorang dapat.. Izzat dapat pingat emas bagi acara isi air dalam botol..



Kimie plak dapat pingat perak bagi acara bawa aiskrim gergasi kalau tak salah..


Apapun tahniah lah untuk anak2 ibu.. Hai nak jadi atlet ka anak2 ibu nih.. Tunggu di tahun2 akan datang, boleh la lihat kemampuan mereka dalam sukan..






No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...