April 8, 2014

Mr. PeaBoDY & SHeRMaN @ SuNSHiNe, BeRTaM

Assalamualaikum semua.. Memandangkan cuti sekolah baru nih tak de bawak anak2 ke mana2.. Jadinya hari Ahad terakhir cuti sekolah (30 Mac 2014) bawak diaorang pegi menonton wayang ye..

Lama dah dok survey jadual citer Mr. Peabody & Sherman nih.. Alhamdulillah dapat jugak bawak diaorang pegi tengok wayang citer nih..

Tengok jadual dalam internet citer nih nak tayang jam 4.45 petang.. Dah sampai sana, masa nak beli tiket, bertukar plak jam 5.15 petang.. Okey lah agak awal jugak la kan.. 

Dalam nak tunggu citer nih start jalan2 dulu la dalam Sunshine tuh.. Tetiba Kimie cakap nampak mak ngah (wife abang).. Turun eskelator tengok2 betol.. Terkejut jugak la sebab jauh datang shopping.. 

Apapun sempat jugak sembang macam2 sebelum diaorang balik.. Kami plak masih menanti tayangan filem tuh..


Okey la meh tengok sinopsis citer nih skit..



Mr. Peabody And Sherman

"Mr. Peabody And Sherman" ialah sebuah filem animasi komedi berdasarkan karakter dari "Peabody's Improbable History", iaitu sebuah segmen dari siri animasi televisyen 1960an bernama "The Rocky and Bullwinkle Show". Fokus filem ini ialah Mr. Peabody, seekor anjing yang boleh bercakap dan makhluk yang paling bijak di dunia. Dia mempunyai seorang manusia "peliharaan" bernama Sherman. Sherman menggunakan mesin merentas masa Mr. Peabody dan mengakibatkan bencana. Sekarang cuma mereka berdua yang mampu membaiki semua kesilapan Sherman sebelum dunia ini termusnah.

Klasifikasi: P13
Genre: Pengembaraan / Animasi / Kekeluargaan
Tarikh Tayangan: 20 Mac 2014
Bahasa: English
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Rob Minkoff
Pelakon: Ty Burrell, Max Charles



Meh tengok triller citer nih jugak..






Apapun best jugak la citer nih.. Happening jugak laa.. Anak2 dah ajak nak tengok citer Rio 2.. Masa nak tunggu filem nih ditayangkan ada iklan citer Rio 2.. In shaa Allah sayang nanti ibu bawakkan lagi ye.. Tak pe, dekat jer nak tengok wayang sekarang..

Okey la jumpa lagi di entry akan datang.. Ntah citer apa plak nak sumbat dalam nih.. Hehehe.. Jangan jemu2 menyinggah lagi ye..




4 comments:

  1. syok la budak2 tengok kartun..beznye

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg syok laa bdk2 tgk citer katun..siap plan nak tgk citer Rio 2 plak..

      Delete
  2. Anak2 happy kita ok je kan... :)

    Lama dah tak layan panggung :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh MJ..jom2 kita terjah panggung..cari citer yang santai2 ja..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...