sekolah

Every TUESDAY is English Day

2/27/2013 03:38:00 PM

Assalamualaikum semua.. Mesti kengkawan tertanya2 kan kenapa la tajuk entry dlm english plak ari ni.. Padahal hari ni bukannya ari selasa kan.. Hehehe..

Sebenarnya nak citer skit pasal aktiviti yang sekolah anak2 ku buat semalam (ari Selasa).. Diaorang buat majlis perasmian "Every TUESDAY is English Day" oleh PANITIA Bahasa Inggeris dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru..

Macam2 program diaorang selitkan untuk program tersebut.. Program tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Supian bin Paimin, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pejabat Pelajaran Daerah SPU...

Untuk pengetahuan korang, anakku yang kecik, si Kimie plak antara salah seorang yang mengadakan persembahan di atas pentas pada hari tersebut..

Nak tau persembahan apa pelajar Prasekolah buat??? Diaorang kena nyanyi lagu ABC.. Si Kimie kena sebut "P is for Pail" sambil memegang kad gambar baldi.. Menarik kan??? Mesti comel jer..Tapi sayang sekali aku tak dapat nak tengok dan merakamkan detik tu..

Try jugak bukak blog sekolah diaorang, tak berupdate pun.. Kalau boleh mau jer aku nak tolong update kan.. Sempat ke, blog sendiri pun sambil2 jer nak update.. Hahaha..

Pelbagai persembahan yang cikgu adakan sempena perasmian ari tersebut.. Antaranya persembahan dari badut dan silap mata dari orang luar.. Nyanyian dan persembahan dari para pelajar sekolah tersebut juga ada diselitkan juga sepanjang ari tersebut..

Berbalik citer pasal Kimie.. Patut la ari isnin masa ambik dia, pembantu cikgu cakap dia ada kat dewan.. Rupa2nya diaorang praktis untuk persembahan keesokannya iaitu ari selasa.. Tapi masa aku ambik dia, diaorang dah beratur nak balik kelas.. Meh layan gambar2 yang ada..


Lencana yang Izzat dan Kimie dapat.. Tapi yang Kimie nyer dia kata cikgu ambik simpan..

Cikgu siap tulis nama kat Izzat..

Gambar ni clear skit lencana.. Cute jer tengok..


Persembahan terakhir dari para pelajar yang menyanyikan serta menari lagu "Oh My English".. Lagu yang Liyana Jasmay nyanyi tuh.. Sempat tengok yang ni jer sebab nak ambil Izzat.. Sebelum tu, singgah kedai beli barang skit dengan Kimie.. Gambar persembahan ni, Kimie yang nak snap sangat..






Suka jer usik budak2 ni snap gambar pagi2..

Hasil gambar yang terbaik di pagi hari..


Ni snap tghari tadi masa tunggu nak ambik Izzat balik..

Ni la banner program semalam yang diorang anjurkan..

Banner yang lain-lain.. Cara bertanya dan menjawab dalam bahasa inggeris..


Cute jer tengok budak sorang nih..

Sekian entry aktiviti anak-anakku di sekolah.. Nanti masa anak-anakku dah pandai menggunakan internet, boleh la terjah blog ibu diaorang nih.. Banyak citer pasal diaorang sebagai kenang-kenangan untuk diingati bila dah besar nanti..

resepi

ReSePi aYaM GoReNG oReGaNo BeRLaDa

2/26/2013 04:58:00 PM

Assalamualaikum semua.. Saja kali ni nak kongsi dengan korang resepi ayam goreng oregano berlada.. Sebenarnya resepi ni tercetus hasil kemerapuan aku baru-baru nih.. Sesaja nak bagi kelainan skit pada menu biasa yang di masak.. Ni hasil kali kedua aku masak menu nih.. Ni dah banyak kena rembat dengan aku ngan Kimie..



Resepi Ayam Goreng Oregano Berlada

Rujukan : Diri sendiri ler


Bahan-bahan

1/4 ekor ayam yang telah dibersihkan dan dipotong mengikut saiz yang korang suka
Oregano (ikut kesukaan masing-masing - boleh tukar dengan Mixed Herb kalau tiada oregano)
Serbuk lada (ikut banyak mana yang korang suka)
Serbuk kunyit (ikut kesesuaian bahan-bahan)
Garam (ikut kesesuaian)

Cara-caranya

Perapkan ayam bersama Oregano, serbuk lada, serbuk kunyit dan garam seketika. Biarkan hasil perapan ini meresap masuk ke dalam ayam.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing.. Rupanya seperti dalam gambar kat atas nih.

Setelah masak apa lagi, angkat masuk pinggan dan makan ler bersama nasi atau makan begitu saja sementara masih panas-panas.



Aku rasa kalau korang try mesti nak makan lagi nanti.. Sekian entry yang nak menempek jugak dalam blog nih..

Mesti korang menyampah kan asyik nak nyibuk ja dalam blog nih.. Sila abaikan kegilaan aku dalam berceloteh.. Hahaha.. Jumpa lagi dalam entry akan datang..

Sebenarnya ari ni nak publish pasal aktiviti anak-anak kat sekolah ari ni.. Disebabkan ada masalah dengan gambar yang nak ditempekkan di dalam blog ni masih dalam proses penambahan.. Jadi aku akan publishkan dalam entry yang akan datang..






kimie

SaLaM iSNiN

2/25/2013 10:10:00 AM

Assalamualaikum semua.. Selamat pagi dan salam hari isnin.. Sepatutnya entry ni aku publish ari jumaat yang lepas..

Tapi disebabkan internet yang terlalu slow motion ngan keja pun bertimbun-timbun maka aku postpone ari ni..

Sebenarnya tak de apa sangat yang nak dikongsikan.. Just cuma nak citer yang Kimie dah dapat uniform dia yang baru.. Pink + Meroon warnanya.. Baju ni dah dapat ari Rabu yang lepas..

Tapi dah ikut jadual, ari Jumaat ngan Isnin jer yag kena pakai baju nih, baru aku snap gambar baju tu Jumaat lepas.. Meh layan budak sorang nih..

Nasib la Kimie mau jugak melayan ibunya yang suka snap gambar nih.. Bukan apa suka nak abadikan citer budak2 selagi diaorang masih kecik.. Mai dah besar lain plak citernya.. Betul tak??



Baju baru lepas iron..

Hahaha.. Sian la si Kimie nih, terpaksa menjegilkan matanya sebab dia kata silau flash kamera.. Kan dah kena dera ngan ibu dia.. Mana taknya time nih baru dalam kol 7.05 pagi.. Kan sekarang subuh lewat.. Jadinya time macam ni nampak macam malam la lagi.. Betul tak??

Dah kat depan kelas, time nih dalam 7.15 pagi.. Masih gelap lagi kan..


Sekian, entry pasal Kimie lagi.. Hehehe..

koleksi

aPa CiTeR???

2/18/2013 03:52:00 PM

Assalamualaikum semua.. Salam Isnin semua.. Sian kat blog aku nih, dah nak berabuk tak update sangat bulan nih.. Asyik mengupdate blog http://izzeyda-info.blogspot.com jer..

Asyik update blog satu lagi sampai wat schedule auto publish lagi untuk blog tuh.. Mana taknya tengah banyak dapat idea untuk berkongsi pelbagai info dengan para pembaca di luar sana yang memerlukan info yang berguna untuk tatapan dan amalan seharian..

Dalam blog nih, aku lebih suka letak entry pasal diriku ngan family jer.. Blog satu lagi yang suka berkongsi pelbagai informasi yang boleh dikongsi bersama..

Apapun kali ni aku nak la berkongsi pasal koleksi aku yang terkini dan terbaru.. Baru tak baru pun dah seminggu dalam simpananku..

Tada, mug kit kat yang baru lagi.. Dah cukup koleksiku untuk kali nih.. Entah bila lagi kit kat nak wat koleksi mug macam ni lagi pun tak tau..

Meh layan koleksiku..


Koleksi ke-3

Dah lengkap koleksi mug Kit Kat Edisi Chinese New Year


Sekian entry kali ni..

al-fatihah

BaLiK KaMPuNG

2/15/2013 05:22:00 PM

Assalamualaikum semua.. Macam mana cuti Tahun Baru Cina baru ni??? Ada bercuti di mana2 ke???

Aku tak ada la bercuti di mana2 pun.. Cuma balik kampung ari Ahad ngan Isnin.. Ari Ahad balik kampung kerana Tok (Nenek) ku telah meninggal dunia pada malam sebelumnya.. Ari Sabtu malam jam 7.30malam.. Al-Fatihah buat arwah Tok Rahmah.. Semoga dicucuri rahmat.. Amin..

Ari Isnin balik jugak kerana anak2ku masih berada di kampung dan diadakan kenduri tahlil Tok pada hari berkenaan memandangkan masih ramai sepupu yang ada di sana.. Meh layan aktiviti anak2ku dengan sedara di kampung..


Gambar dicilok dari FB..hehehe.. Ni baru sebahagian dari mak sedara, sepupu2 dan anak masing2.. Kalau kumpul semua, mau tak muat dalam nih..


Aku ngan sepupu yang sebaya.. Dah pregnant 8 bulan sepupu aku nih..

Kambing pak teh ku bela..


Kimie ngan anak sepupuku..



Izzat ntah apa2 la budak sorang nih..

Ambik dari balkoni rumah Tok..


Semua gambar dari kamera, semua anak2 ku yang snap.. Macam2 gambar ada.. Ni aku ambik ciput jer dari semua gambar2 tuh.. Sekian entry balik kampung..

anak-anakku

KoLeKSi BaRu..

2/08/2013 10:24:00 AM

Assalamualaikum semua.. Mesti korang tertanya-tanya apakah koleksi baru ku nih.. Sebenarnya gara-gara tertengok iklan Kit Kat baru-baru ni laa.. Memandangkan aku salah seorang peminat coklat Kit Kat, apa lagi aku mencuba nasib ke Longwan berhampiran pejabat aku.. Lagipun dah lama sangat tak membeli.. Last beli masa dia buat dapat tupperware sempena Krismas.. Bila melalui tempat coklat, tengok punya tengok, terjumpa la apa yang aku cari..


Ni haa Kit Kat yang dicari.. Nampak tu tulis Free 1 Mug lagi.. Hehehe..


Wah dapat la menambah koleksi aku lagi.. Hehehe.. Nasib my hubby tak tau lagi, sebab dia keja outstation.. Niat di hati nak guna untuk diri sendiri, tup tup si Izzat rembat koleksi pertamaku ini..



Ni koleksi pertamaku..


Disebabkan coklat kit kat yang aku beli dah nak abis, kena plak si Izzat ngan Kimie asyik berebut mug baru tu, apa lagi kelmarin rembat untuk koleksi kedua.. Ermm aku jugak yang belum ada..



Ni plak koleksi kedua..


Mug yang dapat dah jadi mug anak-anakku.. Ermm nasib ibu la kan.. Apapun nak tunggu coklat yang kedua ni abis dulu baru nak pikir untuk menambah koleksi yang ketiga seterusnya memenuhi kesemua koleksi mug yang Kit Kat keluarkan.. Semuanya ada 3 corak, yang dah ada dua corak.. Corak yang ketiga ntah dapat tambah ke tak pun tak tau.. Lepas geram nampak kan.. Mana taknya, ada koleksi mug sebelum ni yang kit kat keluarkan tak dapat aku beli, gara-gara tak jumpa kat mana-mana pasaraya atau kedai yang aku kunjungi..


Hahaha.. Dah berjaya mengumpul 2 corak koleksi mug Kit Kat yang baru..


Ni baru clear skit gambar bunga koleksi kedua..


Ermm kalau korang tengok kat umah aku, ntah satu tong atau lebih rasanya koleksi mug yang aku dah kumpul, hasil belian pelbagai jenis makanan, biskut, ubat gigi ntah apa lagi yang ada buat free gift nih.. Pinggan mangkuk free gift pun banyak jugak dalam simpanan.. Mesti ada pada para pembaca pun suka simpan barang-barang free gift ni kan..  Hehehe gila jugak hobi aku yang satu nih.. Apapun tak rugi, stakat mug, pinggan mangkuk boleh guna.. Tak kisah laa, barang makanan atau kegunaan memang makan ngan guna pun.. Betul tak?? Beli sambil menambah koleksi.. Hehehe..


Izzat kalut ja nak posing ngan cawan dia.. Padahal tak nampak pun corak kat mug tuh..


Kimie pun sibuk jugak nak posing macam abang dia si Izzat tuh..

Itulah hobi aku selama nih.. Dalam banyak-banyak mug lerr dalam simpanan aku.. Pinggan mangkuk ngan fridge magnet tak banyak sangat..

Sekian entry pasal koleksi baru.. Bz body jer nak citer kan.. 


hujung minggu

CiTeR SaBTu LePaS

2/07/2013 11:29:00 AM

Assalamualaikum semua.. First time join mesyuarat PIBG untuk anak.. Yelah mana taknya baru tahun ni Izzat masuk tahun 1.. Maka ada la Mesyuarat PIBG.. Dulu masa anak2 masih di tadika, mesyuarat besa2 ja.. Merasa jugak la jadi AJK Tadika anak2 masa tu.. Sekarang ni tak dak dah la jawatan AJK nih.. Tak pa low profile senang skit.. Apapun kami hadir separuh ja dari mesyuarat tu.. Dah tak larat nak tunggu diaorang break makan apa lagi.. Dah la bawak bala tentera dua orang tu.. Macam2 hal, lapaq la apa laa..

Memandangkan aku pun dah lapaq, makanan yang dapat pun dah dihabiskan oleh dua orang budak tu.. Aku apa lagi, balik jelah.. Balik tu makan, ngan prepare untuk makan tengahari.. Meh layan gambar pagi tu yang ciput..


Gambar sebelum ke sekolah.. Sibuk ja nak tolong boh minyak..

Minit Mesyuarat Agung PIBG..


Aturcara Untuk Mesyuarat Agung PIBG



Balik dari sekolah, nasib la Kimie rajin nak membasuh kasut dia lepas disuruh.. Izzat masih malas nak basuh.. Jenuh suruh, macam2 alasan ada..




Sekian, entry ari Sabtu lepas.. Bz body jer kan nak citer kat sini..



kimie

BaKaL PeMaiN SePaK TaKRaW???

2/06/2013 04:53:00 PM

Assalamualaikum semua.. Mesti semua tertanya2 sapa la yang aku maksudkan dengan bakal pemain sepak takraw nih.. Nak tau sapa gerangannya meh layan gambar kat bawah nih..

v


v


v


v


v


v


v








Sempat lagi Kimie pi main bola takraw tuh.. Mana taknya tunggu abang dia si Izzat tak balik lagi.. Ni time orang lain tak balik lagi boleh la dia main.. Kalau dah masing2 keluar kelas, tak dapat la dia main.. Sori la gambar kurang memuaskan memandangkan ambil dari jarak jauh.. Zoom jer nih dari kantin sekolah.. Hehehe.. Gambar ni sebenarnya snap kelmarin lagi, cuma tak sempat nak update dalam blog.. Sempat upoad satu gambar jer dalam FB.. Hehehe..

Blog yang Diikuti