December 23, 2013

ReuNioN @ PaNTai MeRDeKa

Assalamualaikum semua.. Salam Isnin buat semua pembaca yang sudi menjengah blog amatur macam saya nih..

Ok la nak citer pasal event Sabtu lepas.. Kita orang planning punya planning, maka diadakan perjumpaan bersama kengkawan sekolah masa form 4 dan form 5 dulu.. Lama betul tak jumpa, 15 tahun gitu..

Firstly, dapat kumpulkan 10 orang skali ngan family lerr.. Lastly, hanya 7 family jer yang dpt berkumpul disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan last minute.. Apapun memang happening la walaupun tak ramai yang dapat join..

Jom layan gambar dan aturcara yang diaturkan setelah beberapa minggu planning melalui whatsapp jer..

Program Reunion Kay A One 97-98 @ Cinta Kita Di Pantai Merdeka

Aturcara :

0900 : Tiba di lokasi dan rehatkan minda
1000 : Berkumpul dan sembang santai
1100 : Aktiviti pantai anak-anak
1200 : Makan (potluck)
1400 : Aktiviti bebas bersama family sendiri

Menu Potluck :

1. Jan -buah-buahn dan air
2. Shazi - gulai ikan
3. Che Sue - ayam goreng dan sambal asing
4. Dato - pinggan, mangkuk dan cawan
5. Pidaus - sup daging
6. Lieza - sambal belacan dan ulam-ulaman (tidak dapat hadir last minute sebab husbandnya demam)
7. Hany - sayur campur (tidak dapat hadir kerana husband tak harap bawak anak2 yang ramai sendiri)
8. Fazrul - nasi
9. Edi (optional) - tapau (singgah selepas pegi kenduri)
10. Onid - kek coklat (tak dapat hadir sebabnya perut sakit kat bahagian jahit kerana pregnant)




Ni hasilnya setelah diphotoshopkan oleh member..



Anak2 sampai jer trus nak mandi..



Aktiviti mula2 baru kemas tempat nak duduk.. Makanan pun belum nak susun apa bagai lagi.. Cuma buah-buahan jer baru letak..



Acara makan, member yang sepatutnya bawa pinggan tak sampai lagi, terpaksa la mencari dulu.. Kalau tak sian kat anak2 kelaparan kalau tak cari kan..



Semua ni nama ada Izzat okey.. Kalau panggil Izzat boleh membuatkan semua tertoleh.. Hehehe.



Sukanya bebudak nih mandi2 kat sini.. Tengok sorang satu bola pantai okey.. Sampai cakap esok baru nak balik.. Hahaha..



Sedapnya menjamu selera..



Ok, masa untuk makan buah-buahan..



Ni namanya sembang sakan, almaklum sajalah sembang dalam whatsapp jer.. Masa ni nak citer macam2..



Ok ni geng budak lelaki kelas kami..



Ni geng kelas kami yang dapat pegi ari Sabtu baru nih..



Semua kengkawan bersama family yang memeriahkan program kami hari nih..




Selesai semuanya sekitar jam 5.00 petang.. Yelah, nak tunggu semua ada untuk bergambar bersama kan.. Kemas barang2 semua.. Take time jugak kan.. Lepas tuh sambung lagi acara lepak sambil minum2 kat kedai makan.. Berlarutanlah kami sehingga Maghrib.. Selesai minum2 acara membawa diri pulang ke rumah masing2 ye..

Ok, sebenarnya banyak story lagi belum citer kat sini.. Tak sempat laa busy sesangat sejak akhir2 nih.. Pasal hasil rembatan kat Sarawak pun belum masuk lagi.. Hai berhutang banyak nih.. Hehehe..







2 comments:

  1. Salam.

    Dah blog awai awai rupanya. Ada blog jugak rupanya. Mai kita follow sama-sama.

    olahbersama.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru siapkan entry ni pagi tadi..ermm meh kita follow memfollow..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...