October 11, 2013

aL KiSaH 2 MiNgGu LePaS

Assalamualaikum korang semua.. Salam Jumaat.. Bagi yang bercuti panjang sempena Hari Raya Aidiladha.. Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan.. Kejap jer nak raya Aidiladha..

Ishhh lama betoi tak publish entry yang terkini.. Kali nih berkongsi citer dari kami skit.. Meh la layan entry di petang ari nih..

Ermmm entry kali nih nak citer perihal yang berlaku ari Sabtu dua minggu lepas, bersamaan 28 September 2013.. Sekolah anak mengadakan hari Kokurikulum apa bagai tuh.. Ala dulu2 masa kita sekolah dinamakan Hari Kantin tuh.. Yang kena beli kopun apa bagai..

Izzat beli kopun rm10, Kimie plak rm5.. Bebudak semua kena beli sekurang2nya rm5.. Siap ada cabutan betuah gitu.. Walaupun adiahnya besa2 saja, tapi seronok jugak..

Bebudak ni lebih banyak main dari makan.. Jom tengok ciput gambar yang sempat disnapkan..



 
Persembahan dari pelajar menghiasi sepanjang hari berkenaan..
 

 
Tengok tuh suka betoi main benda nih..
 

 
Dua2 bradik..
 

 
Datuk Meerican turut sama memeriahkan hari berkenaan.. Beliau dulu merupakan bekas pelajar di sekolah ini.. Program ini juga dirasmikan oleh beliau.. Siap bagi adiah cabutan bertuah.. Kami agak bertuah jugak, bila nama Izzat dipanggil untuk cabutan bertuah oleh beliau..
 


Inilah rupanya adiah cabutan bertuah.. Nasi Goreng Kampung segera..

 



Nasi goreng ayam segera.. Hahaha.. Sekarang nih macam2 produk ada..  



Ada lagi satu kisah berselang hari dengan program sekolah anak.. Nak tau apa citernya meh sambung baca lagi..

Sebenarnya kisah ni terjadi ari Isnin minggu lepas, bersamaan ngan 30 September.. Penghujung bulan September tuh.. Memandangkan anak2 adalah cuti  pada hari berkenaan sempena ari Kokurikulum sekolah, makanya bawalah dua orang budak tuh breakfast bersama..

Di pagi hari berkenaan adalah hujan dan agak lewat keluar dari rumah pada hari tersebut.. Disebabkan jalan yang licin ngan mungkin agak cuai pagi tuh, makanya keta kecik aku telah mencium keta kecik orang lain..

Aku dah perasan keta di depan benti, aku dah berusaha sedaya upaya untuk memberhentikan keta kecik aku.. Tapi nasib tidak menyebelahi aku sehingga mencium keta kecik orang lain..

Nasib kautim punya kautim bayar skit jelah untuk bumper ngan no plat belakang keta kecik beliau.. Wahh pagi2 dah kena bersedekah, yelah dah rezeki tuh dah tertulis buat beliau.. Ok la meh tengok rupa keta kecik aku nih..

Siankan kat aku..




 





Nasib skit jer masalah keta kecik aku.. Repair skit jelah setelah temperature keta naik tinggi bila mana aku drive time tengahari ngn terlalu lama benti.. Nak tau apa masalahnya, wire ntah apa tak tau tercabut masa terlanggar tuh.. Pas tuh tukaq no plat depan yang pecah skit.. Apapun keta kecik tuh banyak berbakti untuk bergerak ke opis yang tak jauh dari umah.. Yelah, save minyak tuh.. Hahaha..




No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...