September 13, 2013

TeNSioN TaHaP GaBaN

Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat, mungkin hari ni merupakan hari yang paling dinantikan korang.. Yelah mana taknya cuti 3 ari tuh, bersambung dengan cuti Hari Malaysia yang ke-50 yang jatuh pada ari Isnin..

Tapi bagi aku, rasa minggu ni merupakan tension yang teramatnya.. Terutamanya ari nih.. Tension tahap gaban tuh.. Nak tau kenapa???

Aku terpaksa menyiapkan 4 minit mesyuarat yang diadakan dari ari selasa hingga khamis.. Ntah bila boleh siap dengan sebaiknya pun tak tau.. Aku tengok ayat pun dah nak tertungging langgang.. Boleh ka guna istilah nih??? Stakat dalam blog amatlah dibolehkan, kalau ayat surat ka minit mesyuarat ka karangan jangan sesekali gunakannya.. Salah tau... Hahaha.. Mental sat..
 
Minggu depan dah nak pegi bengkel, selagi minit mesyuarat tak siap, macam mana nak pegi dengan aman kan??? Dah la nak kena siapkan dalam 3 ari...

Paling mencabar dalam idup aku kena siapkan 4 minit mesyuarat serentak.. Setakat 2 minit mesyuarat aku dah penah buat, nih 4 minit skaligus memang boleh pecah kepala otak la jawabnya.. Balik umah pun, tido malam asyik terjaga mungkin terlalu pikir sangat kot...




Ni la antara minit mesyuarat yang ada.. Sorok2 ngan susun bagi lawa, nanti korang serabut tengok.. Tak pasal2 boleh join kelab aku.. Hahaha..


 
Rasa sampai macam nih dah.. Serabut + pening + tension semua ada.. Takut ada bercampur aduk ja ayat..
 

 
Rasa macam nak buat macam ni pun ada.. Boleh ke???? Ganas jer rasa..
 
 
 
Ok la entry untuk melepaskan tension.. Jika ayat di atas adalah tunggang langgang kesulitan amatlah dikesali kerana empunya diri dah tension tahap gaban.. Hahaha.. Ayat apakah ini??? Layan jer..
 
 
  

2 comments:

  1. Sabar ye kak, jangan stress.. tak elok untuk kesihatan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nk wat, bila terlalu banyak keja yg perlu disiapkn segera, ketensionan menguasai diri.. mcm xckup ja ms yg ada kt opis nk settle apa yg patut..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...