August 12, 2013

AL KiSaH HaRi RaYa AiDiLFiTRi 2013

Assalamualaikum semua.. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H.. Maaf agak ketinggalan nak ucapkan selamat hari raya.. Tapi masih lagi ada mood raya kan??? Memandangkan hari ni merupakan hari raya yang ke-5 mesti la ada mood raya..

Kat opis pun masih lengang.. Hanya 4 orang yang bekerja termasuk diriku dan jugak kak cleaner.. Lengang kan opis kami.. Esok mungkin kembali ramai, dengan masing2 dah mula bekerja kembali.. Hehehe..

Meh la layan gambar ciput kami dari raya pertama hingga ketiga..

 




 
Berposing sebelum balik kampung petang raya pertama.. Dah tak comei muka bebudak dua orang nih, sebabnya..
 
 
 
V
 
V
 
 
V
 
 
V
 
 
V
 
 


 
 

 
Chimie telah mati pada petang Hari Raya Aidilfitri yang pertama.. Sedih pun ada sebabnya ni lah arnab yang dibela hampir setahun setengah yang lalu.. Kalau tak salah sekarang dia dah berumur 2 tahun.. Anak2 Chimie yang masih hidup ada lagi 9 ekor.. Banyak kan??? Ada 2-3 ekor yang ikut sebijik bulu macam nih..  
 
 
 
Ok la tak mau sedih2, sambung citer raya lagi..
 

 
Ni plak masa pi beraya ke rumah makcik.. Sempat jugak bergambar dengan makcik sekeluarga, maklang sekeluarga (walaupun tak semua anak menakan ada) skali ngan family aku ngn abang.. Ni baru sebahagian.. Kalau semua bergambar sekali, mau tak muat nih.. Hehehe..





 
Suka betoi anak2 ku dan jugak anak abang mandi manda kat laut belakang umah maksu (Diaorang kena panggil tok su lerr).. Hehehe.. Tok wan nak menjala, diaorang kalut nak mengikut.. Maunya lari ikan2 kat dalam tuh..
 
 


 
Tengok la berposing sakan Kimie nih.. Hahaha.. Bergambar dengan macam2 mimik muka dan gaya..
 
 
Kejadian semasa otw balik.. Area Bukit Jambul, Penang..
 

 
Nampak kan asap itam berhampira flat tuh.. Kami nampak dari sebelum Sungai Ara lagi.. Ntah apa yang terbakar pun tak tau.. Tapi memang kami melintasi kawasan nih, nampak 2 buah bomba sukarela bergegas ke tempat kejadian.. Ramai jugak yang tertengok keadaan nih..
 
 
Setelah membaca akhbar Sinar baru tau sebab musabab kebakaran nih.. 15 buah rumah musnah dijilat api di Kampung Sungai Nibong Tengah, Pulau Pinang.. Tunggu berita dalam tv tak muncul tiba, hanya akhbar yang dapat merungkaikan apa yang menjadi tanda tanya di minda ni..
 


Nak posing jugak sebelum mandi.. Memang penat giler beraya kali nih..
 
 
 
Raya ke-4 pegi kenduri orang opis ngan dekat umah jerr.. Tak de aktiviti lain.. Tapi lauk umah kenduri member opis best, memang lauk kampung, lain dari kenduri yang biasa kita pegi.. Sori gambar lauk pauk lupa plak nak snap.. Ok la, korang plak mesti beraya sakan kan???? Mesti lagi sakan dari aku..
 
 
 
 

2 comments:

  1. Selamat hari raya Aidil Fitri.... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aidilfitri buat kak eynda jgk..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...