May 20, 2013

SiBuK SeMiNgGu

Assalamualaikum semua.. Lama benar kan tak berceloteh kat sini.. Ari ni just nak share apa yang berlaku minggu lepas..

Tetibanya minggu lepas pegi exam KPSL, ala exam untuk kenaikan pangkat secara lantikan.. Lama betul tak attend exam.. Sebelum nak masuk exam ari first tuh macam2 rasa.. Nak senak perut la, seram sejuk la macam2 ada.. Macam la nak exam masa study dulu2 ngan interview keja.. Mesti korang boleh bayangkan kan.. Hehehe..

Padahal zaman semua tu dah lama pun berlalu, otak dah berkarat tahap ntah apa lagi baru terasa nak attend exam lagi.. Tapi lepas percubaan kali pertama pegi exam, ngeri jugak untuk attend untuk kali kedua dan seterusnya.. Soalan dia mak aii boleh pengsan nak menjawabnya.. Nak refresh balik apa yang belajar 12 tahun dulu.. Bukan senang tuh..

Paper ari memula tuh (14 Mei) memang sakit kepala jugak la, rasa macam dah tak mo attend paper untuk esoknya.. Soalan macam exam masa study dulu.. Memandangkan dah pegi, attend jugak laa.. Apapun alhamdulillah paper untuk ari last (15 Mei) tak la sesusah paper ari mula tuh.. Sebabnya banyak melibatkan soalan berkaitan jabatan.. Sedikit sebanyak ada la bahan untuk menjawab..

Apapun tak mo kongsi pasal exam sangat, nak kongsi tempat hotel kitaorang tinggal.. Nak buat macam mana asrama time tuh penuh la plak ada program lain di tempat yang sama.. Meh layan gambar ciput sebelum check out..


 
Posing sebelum balik.. Dah happy abis dah exam.. Horeyy..
 

 
Cantik jer tengok lukisan kat dinding tuh..
 

 
View dari luar tingkap.. Bilik mengadap kolam tuh..
 

 
Cantik kan view bilik ni..
 
 
 
Inilah bilik nya 503, De Palma Hotel, Ampang..
 
 
 
Baliknya bercuti la plak, sebab tak sihat.. Mungkin agak tension exam kan.. Kena plak balik tuh, mendobi baju sekolah, anak2 nak pakai la plak.. Alahai penat jer rasa.. Hehehe..
 
Jumaatnya staf JPS Kuantan plak datang melawat opis kami.. Memang busy sangat la separuh ari tuh.. Nak kena layan la tetamu datang kan.. Complete seminggu.. Hahaha..
 
Mai ari ni bertimbun2 balik meja ngan keja.. Dah siap skit, jap gi nak sambung balik.. Ok la nak sambung wat keja balik, dah ok skit kepala otak nih..
 
 
 

2 comments:

  1. Jarang tengok bilik hotel dinding kaler selain dari putih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan kak eynda..mmg rasa ceria jugak la stay kat bilik tu time tgh tension exam.. bilik air pun dia cat colour yang sama..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...