April 23, 2013

PeMeRiKSaaN KeSiHaTaN

Assalamualaikum semua.. Maaf la seminggu lamanya tak berupdate blog.. Kali ni nak berkongsi citer pasal pemeriksaan kesihatan yang dibuat pada ari Khamis lepas di perkarangan opis..

Dulu last buat pemeriksaan kesihatan pun time nak masuk keja.. Dah lebih 9 tahun.. Lama dah kan.. Ni baru la nak buat balik.. Kalau tak sihat memang la pi jugak klinik, tapi check untuk yang tak sihat jelah kan.. Ni dok sihat elok-elok nak check kesihatan.. Memang ada apa-apa jelah yang nak check pun..

Ermmm korang rasa macam mana tahap kesihatan aku??? Ok2 jer sihat la kiranya.. Cuma kekurangan berat badan skit jer.. Nak buat macam mana bila tahap pemakanan tak ingat dunia, tapi keberatan badan masih cam tu jer.. Makan ka tak result sama jer.. Meh la tengok result kesihatan yang dibuat..


 
Tengok la berat pun cam bebudak jer.. Hahaha.. Berat badan Izzat pun dah mencecah 39kg.. Aku??? baru 41.3kg dan tinggi 152cm.. Setelah mengira BMI baru 17.8..
 
Ohh nurse cakap kena tambah 2kg baru la mencapai tahap ideal.. Apapun kira ok la tuh, asalkan sihat kan..
 
Tekanan darah at first time check 130/87 mmHg dan nadi 122/min.. Mana taknya penat-penat beratur trus check kan.. Setelah direpeat bacaan 111/68 mmHg dan nadi 83/min.. Kira ok lerr..
 
Selalunya aku nih kerap tekanan darah rendah.. Kalau rasa pening dan trus check mesti bacaan dia rendah.. Tuh yang suka minum air milo kosong wat pekat-pekat.. Sedap ooo..
 
 

 
Kumpulan darah aku plak AB+.. Kumpulan darah nih memang dah tau lerr sebabnya dah ada anak dua orang kan.. Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak, memang kumpulan darah kita tahu dah kan..
 
Lepas nih kalau jadi apa-apa, dan dah tau kumpulan darah senang.. Tak payah doktor nak sibuk-sibuk check lagi untuk tau kumpulan darah kan.. Terutamanya yang belum tau la kann..
 
Bagi golongan lelaki nih yang bukan ramai check kumpulan darah diaorang.. Time-time macam nih baru nak tau pun kan.. Tapi macam yang pernah masuk hospital dan pernah tambah darah, memang tau la kan.. Hehehe.. Banyak citer plak kan bila dah boleh berceloteh nih..  
 
Bagi keputusan ujian gula dalam darah plak RBS : 4.7mmL/L.. Kira ok la setelah berpuasa dari kul 11 malam sehingga lebih kul 10 pagi.. Memang berpuasa sakan lerr..
 
Lepas jer aku check kesihatan nih, hentam bihun goreng 2 pinggan dan karipap sebiji.. Air teh O 2 gelas.. Cover yang tak sarapan awai pagi.. Hehehe.. Aci tak???
 
Ok la sekian saja entry aku yang panjang lebar setelah banyak ari tak update.. Besa laa orang yang suka bercakap nih, dok kat mana pun nak cakap jugak walaupun skit kan.. Bebel jer banyak.. Hehehe..
 
 

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...