March 14, 2013

TiP PiSaHKaN aNaK DeNGaN BoToL SuSu

Assalamualaikum semua.. Pasti di antara para ibu bapa di luar sana menghadapi masalah anak-anak yang tidak boleh berenggang dengan botol susu kesayangan mereka.. Aku pun tak ketinggalan dalam menghadapi masalah yang sama.. Puas la macam-macam cara aku dah buat.. Tapi masih tak berhasil.. Ni nak try tip yang baru aku jumpa dalam internet.. Mudah-mudahan ada salah satu cara yang berkesan..


Tip Pisahkan Anak Dengan Botol Susu Kesayangan Mereka

1. Waktu yang terbaik untuk memulakan langkah ini apabila anak anda sudah pun boleh berjalan sendiri tanpa bantuan sesiapa.
* Dah terlambat.. dulu tak mencari tips nih.. Mai anak dah masuk Prasekolah baru terhegeh-hegeh nak cari.. Tapi masih boleh cuba tips yang lain.. Mesti susah..


2. Beli la sippy cup / gelas minuman untuk kanak-kanak yang menarik perhatiannya.Semestinya yang berwarna-warni dan mempunyai gambar kartun yang comel-comel. Kalau boleh, ajak la dia sekali memilih cawan / gelas minuman kegemarannya itu.
* Pernah beli macam-macam jenis dan dia pilih sendiri, stay tak jalan.. Susah betul kan?? Nasib la anak yang sulung yang paling senang buang tabiat nih..





3. Simpan botol-botol susu kesayangannya itu.Jauhkan / lenyapkan terus daripada pandangan matanya.
* Memang susah, sebab masa dia nak baring-baring sebelum tido.. Mesti nak cari jugak.. Kalau tak jumpa, melalak la jawabnya.. Semua benda depan mata nak dibalingnya..

4. Biasakan dia minum menggunakan cawan tersebut. Pujilah dia sebanyak mungkin. Kanak-kanak memang suka dipuji.

* Ermm penah puji pun masa dia guna cawan tu, dia sampai siap cakap, nak minum susu dalam cawan lagi.. Lastly time nak lena, mencari jugak botol buchuk dia tuh..

5. Bagi mereka yang mempunyai anak yang perlu menghisap botol susu sewaktu hendak tidur, cabaran memang hebat. Apa yang perlu anda buat ialah kurangkan penggunaan botol susu di waktu siang hari. Hanya berikan botol ketika dia hendak tidur.
* Inilah cabaran yang paling mencabar minda untuk menhadapinya.. Tengok jelah entry "Tabiat Kimie" yang lepas.. Macam mana tu nak buang tuh???

6. Sekiranya anda telah berjaya melenyapkan terus penggunaan botol susu di siang hari, maka anda sudah bersedia untuk menghilangkan penggunaan botol susu sewaktu tidur.

7. Menetapkan had masa anda itu sangat penting. Contohnya, anda memberi diri anda dan anak anda selama 3 hari utk dia tidak menggunakan botol susu di siang hari,kemudian setelah berjaya barulah anda bergerak menuju ke proses seterusnya iaitu sewaktu hendak tidur.

8. Apa yang perlu anda buat ialah pastikan dia tidur dalam keadaan yang kenyang.Berikan anak anda makanan pejal yang berkhasiat dan berikan dia segelas susu suam sebelum tidur.

9. Dodoikan anak anda semasa dia hendak tidur / bacakan buku kegemarannya supaya ingatannya tidak pada botol susu itu lagi dan dia dapat tidur dengan tenang.

10. Dia pasti akan terjaga beberapa kali di waktu malam dan anda perlu kuatkan semangat anda.Tenangkan dia atau berikan dia minum sedikit air melalui gelas / cawan kesayangan itu. Sekiranya dia menolak, jangan paksa. Pujuk la dia dengan belaian,tapi bukan dengan kata-kata, okay? agar dia dapat tidur semula dengan keadaan yang tenang.

11. Anda perlu kuat dan sabar. Jangan mengalah dengan tangisannya.Sebagai ibu, anda mesti tahu membezakan tangisan yang mana membahayakan dirinya, bukan? Jangan alah pada tangisannya. Bisikan pada hati anda " ni semua utk kebaikan dia juga".

12. Sekiranya anda adalah ibu yang berkerjaya, anda mungkin perlu mengambil cuti untuk beberapa hari bagi memastikan perancangan anda berjaya.Lagipun, mungkin anda tidak cukup tidur pada masa itu kerana terpaksa bangun beberapa kali.





Sumber disunting dari http://www.yayansmum.com/2012/03/tips-pisahkan-anak-dengan-botol-susu.html




No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...