RaHSia aNaK KeDuA

3/13/2013 04:02:00 PM



Assalamualaikum semua.. Bagi yang telah berkahwin dan mempunyai anak, ada kalanya mempunyai pelbagai kerenah anak-anak yang harus ditangani.. Saya pun sama, anak sulung ngan kedua nih memang berbeza sikap masing-masing.. Yang paling memeningkan kepala adalah anak kedua.. Ni info yang saya terbaca dalam FB baru-baru nih.. Majoritinya memang terkena kat si Kimie tuh..



Anak buchuk ibu..


ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.
* Memang pun apa pun nak ibu  jer, abah nak tolong antar pi sekolah pun tak mau.. Nak ibu antar.. Bab tido pun nak dok sebelah, abah ngan si abang jangan dekat lerr..

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dalam ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.
* Semua nak menang kat dia jer.. Beli apa benda kat abang kena beli kat dia.. Apa yang mintak memang kena beli, kalau tak merajuk hanya Allah saja yang tahu..

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)
* Yang ni no komen, sebab baru 6 tahun maa..Hehehe..

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D
* Ini pun sama no komen, sebab kecik lagi..

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.
* Memang sokong sangat, Kimie tuh kalau dia nak A itulah yang dia pegang.. Tak payah la pujuk bagi B ka C.. Dia tetap dengan kata dia.. Buat penat ja berperang dengan dia..

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje keras.tapi hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.
*Tak boleh tegur langsung si Kimie tuh.. Kalau tegur, mak aii boleh berperang la dengan dia..
BERDIKARI
Very independent.memang betul.tapi kalau terlebih independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

* Ermm ada benda pandai buat sendiri, tak payah tolong.. Contohnya macam basuh kasut sekolah, dia sendiri nak buat..

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nak terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.
* Ibu dia nih boleh suruh laa, bab nak buat tu kena tengok dulu laa.. Bab kerja nih, tak tau nak cakap lagi, sebab baru Prasekolah..

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.
* Hahaha.. Kalau Kimie marah, boleh la dia nak baling bagi lingkup apa yang ada depan mata.. Siap ugut lagi nak bagi rosak barang.. Bab caring ada la jugak kalau ibu sakit, boleh la tolong picit kepala ngan ambik ubat dan air..

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.
* Ini memang sokong.. Kalau pakai baju nak ensem-ensem.. Rambut letak minyak rambut abah, sikat elok bukan main.. Hehehe..
Ada ke di antara kengkawan nih anak no.2??? Kalau ada boleh la baca fakta yang ada betulnya nih..
Sumber disunting dari facebook

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti