KoLeKSi BaRu..

2/08/2013 10:24:00 AM

Assalamualaikum semua.. Mesti korang tertanya-tanya apakah koleksi baru ku nih.. Sebenarnya gara-gara tertengok iklan Kit Kat baru-baru ni laa.. Memandangkan aku salah seorang peminat coklat Kit Kat, apa lagi aku mencuba nasib ke Longwan berhampiran pejabat aku.. Lagipun dah lama sangat tak membeli.. Last beli masa dia buat dapat tupperware sempena Krismas.. Bila melalui tempat coklat, tengok punya tengok, terjumpa la apa yang aku cari..


Ni haa Kit Kat yang dicari.. Nampak tu tulis Free 1 Mug lagi.. Hehehe..


Wah dapat la menambah koleksi aku lagi.. Hehehe.. Nasib my hubby tak tau lagi, sebab dia keja outstation.. Niat di hati nak guna untuk diri sendiri, tup tup si Izzat rembat koleksi pertamaku ini..



Ni koleksi pertamaku..


Disebabkan coklat kit kat yang aku beli dah nak abis, kena plak si Izzat ngan Kimie asyik berebut mug baru tu, apa lagi kelmarin rembat untuk koleksi kedua.. Ermm aku jugak yang belum ada..



Ni plak koleksi kedua..


Mug yang dapat dah jadi mug anak-anakku.. Ermm nasib ibu la kan.. Apapun nak tunggu coklat yang kedua ni abis dulu baru nak pikir untuk menambah koleksi yang ketiga seterusnya memenuhi kesemua koleksi mug yang Kit Kat keluarkan.. Semuanya ada 3 corak, yang dah ada dua corak.. Corak yang ketiga ntah dapat tambah ke tak pun tak tau.. Lepas geram nampak kan.. Mana taknya, ada koleksi mug sebelum ni yang kit kat keluarkan tak dapat aku beli, gara-gara tak jumpa kat mana-mana pasaraya atau kedai yang aku kunjungi..


Hahaha.. Dah berjaya mengumpul 2 corak koleksi mug Kit Kat yang baru..


Ni baru clear skit gambar bunga koleksi kedua..


Ermm kalau korang tengok kat umah aku, ntah satu tong atau lebih rasanya koleksi mug yang aku dah kumpul, hasil belian pelbagai jenis makanan, biskut, ubat gigi ntah apa lagi yang ada buat free gift nih.. Pinggan mangkuk free gift pun banyak jugak dalam simpanan.. Mesti ada pada para pembaca pun suka simpan barang-barang free gift ni kan..  Hehehe gila jugak hobi aku yang satu nih.. Apapun tak rugi, stakat mug, pinggan mangkuk boleh guna.. Tak kisah laa, barang makanan atau kegunaan memang makan ngan guna pun.. Betul tak?? Beli sambil menambah koleksi.. Hehehe..


Izzat kalut ja nak posing ngan cawan dia.. Padahal tak nampak pun corak kat mug tuh..


Kimie pun sibuk jugak nak posing macam abang dia si Izzat tuh..

Itulah hobi aku selama nih.. Dalam banyak-banyak mug lerr dalam simpanan aku.. Pinggan mangkuk ngan fridge magnet tak banyak sangat..

Sekian entry pasal koleksi baru.. Bz body jer nak citer kan.. 


You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti