Every TUESDAY is English Day

2/27/2013 03:38:00 PM

Assalamualaikum semua.. Mesti kengkawan tertanya2 kan kenapa la tajuk entry dlm english plak ari ni.. Padahal hari ni bukannya ari selasa kan.. Hehehe..

Sebenarnya nak citer skit pasal aktiviti yang sekolah anak2 ku buat semalam (ari Selasa).. Diaorang buat majlis perasmian "Every TUESDAY is English Day" oleh PANITIA Bahasa Inggeris dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru..

Macam2 program diaorang selitkan untuk program tersebut.. Program tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Supian bin Paimin, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pejabat Pelajaran Daerah SPU...

Untuk pengetahuan korang, anakku yang kecik, si Kimie plak antara salah seorang yang mengadakan persembahan di atas pentas pada hari tersebut..

Nak tau persembahan apa pelajar Prasekolah buat??? Diaorang kena nyanyi lagu ABC.. Si Kimie kena sebut "P is for Pail" sambil memegang kad gambar baldi.. Menarik kan??? Mesti comel jer..Tapi sayang sekali aku tak dapat nak tengok dan merakamkan detik tu..

Try jugak bukak blog sekolah diaorang, tak berupdate pun.. Kalau boleh mau jer aku nak tolong update kan.. Sempat ke, blog sendiri pun sambil2 jer nak update.. Hahaha..

Pelbagai persembahan yang cikgu adakan sempena perasmian ari tersebut.. Antaranya persembahan dari badut dan silap mata dari orang luar.. Nyanyian dan persembahan dari para pelajar sekolah tersebut juga ada diselitkan juga sepanjang ari tersebut..

Berbalik citer pasal Kimie.. Patut la ari isnin masa ambik dia, pembantu cikgu cakap dia ada kat dewan.. Rupa2nya diaorang praktis untuk persembahan keesokannya iaitu ari selasa.. Tapi masa aku ambik dia, diaorang dah beratur nak balik kelas.. Meh layan gambar2 yang ada..


Lencana yang Izzat dan Kimie dapat.. Tapi yang Kimie nyer dia kata cikgu ambik simpan..

Cikgu siap tulis nama kat Izzat..

Gambar ni clear skit lencana.. Cute jer tengok..


Persembahan terakhir dari para pelajar yang menyanyikan serta menari lagu "Oh My English".. Lagu yang Liyana Jasmay nyanyi tuh.. Sempat tengok yang ni jer sebab nak ambil Izzat.. Sebelum tu, singgah kedai beli barang skit dengan Kimie.. Gambar persembahan ni, Kimie yang nak snap sangat..






Suka jer usik budak2 ni snap gambar pagi2..

Hasil gambar yang terbaik di pagi hari..


Ni snap tghari tadi masa tunggu nak ambik Izzat balik..

Ni la banner program semalam yang diorang anjurkan..

Banner yang lain-lain.. Cara bertanya dan menjawab dalam bahasa inggeris..


Cute jer tengok budak sorang nih..

Sekian entry aktiviti anak-anakku di sekolah.. Nanti masa anak-anakku dah pandai menggunakan internet, boleh la terjah blog ibu diaorang nih.. Banyak citer pasal diaorang sebagai kenang-kenangan untuk diingati bila dah besar nanti..

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti