Maulidur Rasul & Bantuan Khas Awal Persekolahan

1/25/2013 04:48:00 PM

Assalamualaikum semua.. semalam kan cuti hari Maulidur Rasul.. Apa korang buat?? Aku pagi2 hentam pi kedai borong beli barangan basah untuk memasak semalam ngan ari cuti 3 ari ni.. Balik dari kedai borong tu apa lagi, bersilat besiang semua lauk yang beli lerr.. Kena plak menu semalam yang simple jer, laksa.. Lama betoi tak masak laksa.. Semalam buat jugak laa.. Sebab anak2 ngan aku memang feberet sangat..

Ni barangan yang rembat kat kedai borong.. Barang basah dah abis proses masuk peti ais.. Ikan untuk buat kuah laksa, dah selamat bersemadi dalam periuk..

Ni pinggan kedua aku telan.. Masa mula siap masak lupa nak snap, dah makan semangkuk.. Ni tambah lagi semangkuk.. Baru la nak snap.. Jemput2.. Hai dah selamat jadi bahan kumbahan ari ni.. Hehehe..


Menjelang petang lepas dah settle makan apa semua, aku keluar mencari barangan rumah yang habis dan yang memang nak borong lerr.. Aku menjelajah tesco sorang2 jer.. Malas nak bawak bebudak tu, bukan apa, nanti macam2 diaorang nak borong.. Tinggai ngan abah depa lerr semalam.. Memang seronok shopping sorang2, tak kalut sangat..

Ni hasil rembatan kat tesco ngan pasar malam.. Borong sakan.. Sori lupa nak snap apa yg ada dalam beg.. Hehehe..


Dah penat memborong, ni la yang aku telan..

Skali ngan yang ni.. Prut cap apa la aku nih.. Cap raksasa kah??? Hahaha.. Suka sungguh makan.. Kalau tak makan, sian kat perut menyanyi macam2 lagu mintak makanan.. Untuk tidak menghampakan permintaan perut.. Makan jelah..


Citer ari ni plak, awal2 pagi lagi antaq anak2 pi sekolah macam biasa... Tapi hari ni diaorang cikgu suruh pakai baju melayu bagi lelaki, baju kurung bagi perempuan.. Rancangan asal cikgu nak buat perarakan Maulidur Rasul untuk sekolah diaorang.. Tup2 awal2 pagi lagi dah hujan sampai la antaq diaorang pun masih hujan lagi.. Lupa plak nak snap diaorang berbaju melayu pagi tadi..

Kabur plak snp gambar ni.. Sebab zoom bagi dekat skit ker??? Ni masa tunggu cikgu bagi tau kat mana nak daftar untuk terima duit bantuan khas awal persekolahan.


Ikut jadual, ibu/bapa/penjaga kena buat pendaftaran untuk menerima duit bantuan khas awal persekolahan jam 8 pagi.. Tup2 pukul 9 pagi baru start.. Nasib la diaorang asing2 kelas, tak la menunggu lama.. Lagi pun kelas untuk tahun 1 tak banyak.. Hanya ada 3 kelas sahaja.. Pas tu ikut jadual pukul 10.30 pagi majlis penyampaian duit bantuan tersebut.. Ingatkan Y.B nak bagi banyak kelas, nasib dia bagi untuk tahun 6 jer.. 
Yang lain2 ambik kat kelas jer.. Lepas dah ambik duit tu, apa lagi dah boleh angkut budak2 balik.. Yang Kimie plak cikgu cakap kena ambik macam biasa, last2 pembantu cikgu cakap dah boleh ambik lepas cikgu call pegawai atasan sekolah nak confirm.. Lega boleh bawak anak2 balik awal ari ni..

Dah dapat duit bantuan RM100..



Meh layan budak2 nih..

Cuba teka apa benda yang Izzat lukis nih???


Nak tau jawapannya.. Ni burung kakak tua la ibu.. Hehehe.. Macam burung murai pun ada, macam mulut budak2 nih.. Hehehe..


Sekian entry rangkuman dua ari..


You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti