January 22, 2013

2012 Dalam Kenangan

Assalamualaikum.. Entry ni sepatutnya diasing2kan ikut citer.. Tapi tiada kesempatan untuk melakukannya.. Ni lah rangkuman entry untuk sepanjang kisah suka duka aku bersama family terutamanya dua orang budak nih.. Dalam ni banyak aku nak sumbat gambar2 pasal bebudak ni dalam tahun 2012..

JULAI 2012

Permintaan Kimie untuk kek birthday dia tahun nih.. Kek Angry Bird.. Birthday dia 13 Julai, tapi buat 14 Julai.. Aci la tu.. Hehehe.. Sori la tiada perancangan yang awal untuk celebrate birthday dia.. Just buat suka2 panggil kawan2 dekat2 umah ja.. Apapun ari ni aku ada masak laksa, asalnya nak jugak masak bihun goreng sama, disebabkan tak sempat nak masak sorang2, jadi hanya laksa jer yang sempat dimasak..


Tengok tu muka yang tak sabar2 nak makan kek Angry Bird dia..


Sedapnya kimie makan kek birthday dia yang ke-5.. Sampai tak perasan abah dia snap gambar dia tengah makan..


OGOS 2012

Seronok dapat main basikal tanpa tayar tepi.. Mula2 ada tayar tepi, mintak abah dia bukak tayar dua2 kat tepi tu.. Ni la hasil kebolehan Kimie yang berani.. Izzat sampai sekarang tak reti nik basikal.. Ni first day dia naik basikal tanpa tayar tepi.. 14 Ogos tarikhnya.. Hebat kan.. Dia plak seorang yang berani nak mencuba.. Bukan macam Izzat yang memang penakut skit..


Punya laju kayuh basikal..


Ni kimie nak terjun dari basikal.. Hahaha.. Tak reti nak brek dah.. Terjun suka2 ati ja..



Ni masa raya puasa, 19 Ogos 2012..

Cehhh rasa encem dah la tu anak ibu sorang nih.. Hahaha..


Ni aku kena kawad ari kemerdekaan.. Penat tunggu dari awai pagi lagi.. Nak kawad sekejap jer pun..


OKTOBER 2012

Ni masa tunggu pusat MARDI bukak.. Berposing la dulu bebudak nih.. Ni lawatan Tabika Kemas Taman Desa Murni (A) pada 13 Oktober.. Kimie pun sibuk nak pakai baju sukan sama macam Izzat, Padahal dia Tabika Kemas Desa Murni (B).. Suka ikut abang dia..

Kimie nak jugak snap gambar aku.. Pandai dia snap, nasib elok..


Comeinya budak sorang nih.. Nak peace jugak tangan dia tu..


Hasil snap kimie.. Elok jugak kan walaupun budak comei tu yang snapkan..


Untuk gambar ni jer, 3-4 keping gambar Kimie snap.. Hehehe..Bab snap gambar serah jer kat dia..


Tengok la si Izzat nih, nak tau tak citer lawak.. Masa dia tengah naik benda nih, tetiba jer benda ni tak mau jalan.. Elok dia nak trun, jalan plak benda nih.. Memang berat sangat la kot Izzat sampaikan benda ni tak mau jalan.. Hehehe..

Hai Kimie nak terbang pi mana plak???


Punya lorat nak buah strawberi.. Bagi buah strawberi yang besaq nih kat dia.. Makan sampai buncit perut.. Hahaha..


Hasil rembatan budak sorang nih, dapat jugak topi kat dia..

Posing sambil tunggu orang lain jalan2 lagi kat situ..



Ni plak citer sekitar hari Konvokesyen Tabika Kemas sekitar daerah SPU, Pulau Pinang pada 28 Oktober 2012


Pagi2 masa baru sampai, sarapan dulu..

Tengok la muka dah berpeluh2, mana taknya dah tengahari baru turn dia orang.. Main sakan sampai berpeluh2..

Berposing masa dapat pakai baju jubah nih, sebelum pi naik stage..

Comeinya Izzat.. Nasib sempat snap gambar dia.. Penat tunggu sekerat hari..

Si Kimie yang dah macam2 akai dia ada dah masa ni..


NOVEMBER 2012

Sukaneka Tabika KEMAS Taman Desa Murni (B), di Taman Tasik Taiping pada 3.11.2012..

Tengok la punya besaq Kimie tiup belon, tak pecah2.. Last dia cubit belon tu baru pecah.. Acara ni dia dapat no.2..

Ni plak acara kutip gula-gula dalam tepung..


Punya pulun kutip gula-gula..

Dah macam tepung komak.. Hahaha.. Lawak betoi tengok muka dia masa nih.. Tapi dapat no.1.. Hebatnya.. Hehehe..

Ni hadiah untuk acara tiup belon..

Ni plak hadiah untuk acara kutip gula-gula dalam tepung..


Ni kat Zoo Taiping.. Kalut ja nak bagi makan..

Ni plak kat perkarangan Muzium Taiping..

Tengok la punya nak posing..

Budak kecik ni sibuk ja nak pegang ular.. Berani betoi la budak sorang nih..

Ni la hadiah yang Kimie dapat masa sukaneka yang cikgu dia buat..


Majlis Penyampaian Hadiah Akhir Tahun 2012 Tabika KEMAS Tmn. Desa Murni (B)

Kimie kat tempat duduk dia..

Sesi memperkenalkan diri, umur dan cita-cita.. Dah macam artis nak menyanyi plak rupanya..

Persembahan dari pelajar Tabika KEMAS Tmn. Desa Murni (B)

Dapat hadiah dan sijil.. Memandangkan cikgu tak jemput sesapa sangat.. Cikgu suruh ibu sesapa jer jadi wakil untuk sampaikan sijil dan hadiah.. Aku pun kena jugak..


Sekian sajalah entry yang panjang berjela dari aku.. Mesti tak larat ngan semput nak baca ngan layan gambar-gambar dalam ni, banyak sangat kan.. Itulah, dok publish entry ni sampai dah bertukar tahun.. Nak mudah, rangkum semua jer sekali.. Senang citer.. Dah nak citer jugak kat sini.. Hehehe..


1 comment:

  1. Assalam eyda,
    aloooooo
    bam bam jugak kimie kecik2 dolu naaaaaaaaaa :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...