Kelas Pengukuhan dan Pengayaan Hari Terakhir

12/13/2012 10:00:00 AM

Assalamualaikum semua.. Citer pasal Kelas Pengukuhan dan Pengayaan (tuisyen) Izzat lagi.. hari ni merupakan hari terakhir cikgu adakan kelas tuisyen nih.. Sepatutnya esok last, tapi hari ni cikgu gabungkan 2 subjek skali untuk hari ni..

Semalam aku suruh Izzat siapkan kerja rumah yang cikgu bagi.. Tup2 pagi tadi dia terlupa bawak beg sekolah dia skali laa dengan kerja rumah tak bawak.. Disebabkan aku dah terlambat nak masuk opis, terpaksa la biarkan jer dia tak bawak beg.. Nak buat macam mana lagi, dah aku pun keja.. Kalau tak kerja, boleh lagi balik umah ambik beg sekolah dia.. Macam2 hal bila dah lambat nih..

Citer pasal tuisyen semalam.. Izzat balik umah mintak aku belikan hadiah untuk cikgu kesayangan dia.. Sebabnya semalam merupakan birthday cikgu.. "Happy Birthday" cikgu.. Rasanya nak belikan juga, yelah dah 2 tahun cikgu mengajar anakku di tadika dari tak reti apa2 smpai dah pandai membaca.. Kiranya banyak sumbangan cikgu untuk Izzat..

Tapi hadiah apa yang sesuai untuk diberikan untuk cikgu ye??? Masih terpikir2 lagi nak beli hadiah apa buat cikgu kesayangangan Izzat nih.. Ada cadangan yang terbaik tak???

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti