May 3, 2011

Cuti hujung minggu

Hari sabtu lepas, husband balik.. Mulanya cakap nk balik ari jumaat, tapi tak jadi.. Kebetulan husband balik dengan anak sedara dan member dia skali ngan anak dia skali.. Diaorang sampai umah dalam kul 4 pagi.. Mana taknya, jalan dari KL nak balik ke sini boleh tahan jemnya.. Disebabkan masih awal lagi, husband suruh la anak sedara tido kt umah dulu sebelum antar diaorang balik ke kampung dekat Yan..

Pagi tu keluar jugak pi beli makanan untuk anak sedaraku nih kat gerai depan taman jer.. Aku beli roti canai ngan nasi lemak ja.. Kiranya abis jugak makanan sarapan pagi yang ku beli tu.. Lega, tak la membazir sangat..

Mulanya husband cakap nk balik kampung dalam tengah hari, tapi dah husband letih sangat.. Dia nak tido dulu.. Mau tak mau, aku kena masak jugak la tengah hari tu untuk santapan kami beramai-ramai.. Aku masak simple2 ja, ikan goreng, daging masak kicap, kerang rebus skali ngan air asam.. Dah tu ja ada stok dalam peti ais.. Kerang tu pun kebetulan keluar pi cari ketul ais yang aku lupa nak buat lepas peti ais rosak baru-baru ni.. Tak sangka, licin jugak laa apa yang aku masak untuk makan tengahari tu.. Kiranya, dah lapar la katakan.. Hehehe..

Petangnya, baru kami balik ke kampung, sempat lagi singgah beli kerang dalam perjalanan balik kampung.. Sampai tu, kami terus ke air terjun Sri Perigi, apa lagi bagi anak2 ngan anak sedara mandi ler.. Mulanya aku saja jer nak ngikut, last2 aku plak yang abis basah kuyup kena percik air dengan anak2.. Basah sama macam orang mandi jugak laa.. Hehehe..

Baliknya, aku asyik bersin ja rasa nak selesema.. Akhirnya, aku betoi2 selesema, batuk ngan demam.. Adoiii, tak seronoknya, cuti dalam demam la plak.. Tapi apa nak buat dah nak demam kan.. Demam ni pun berlarutan sampai ari rabu jugak laa.. Dapat jugak MC 2 ari, doktor bagi.. Ingatkan cuti lama2 tak la kena pi klinik jumpa doktor.. Waa, tak sukanya jumpa doktor.. Nak kena makan ubat..

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...